Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan kerajaan berikutan jumlah kes kumulatif COVID-19 yang masih tinggi di Sabah, selain kewujudan kluster baharu.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan, PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.