Kg Mesilau terkenal dengan destinasi pelancongan.
Mesilou, dinamakan selepas Mesilau River, adalah kawasan yang terletak kira-kira 2000 m di atas paras laut di East Ridge Gunung Kinabalu di Taman Negara Kinabalu, Sabah, Malaysia Borneo.
Ia adalah tapak Mesilau Nature Resort, yang dimiliki dan dikendalikan oleh Sutera Sanctuary Lodges. Mesilau East River dan Sungai Mesilou Barat melalui kawasan Mesilau.
Mesilau East River membentuk jurang yang dalam, dan Gua Mesilau terletak berhampiran. Salah satu daripada dua laluan utama sidang kemuncak Gunung Kinabalu bermula di Mesilau Nature Resort dan dipanggil Trail Mesilau.
The Mesilau Trail adalah berhampiran dengan laluan lama Summit Kinabalu Trail yang terletak di atas Layang-Layang (Dusun untuk Tempat Swallows), yang terletak kira-kira 2700m.
Walau bagaimanapun, Mesilou Trail ini telah musnah ketika gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015 yang lalu dan telah dibina semula oleh penduduk kampung dan malim gunung.
Kg Mesilau terkenal dengan destinasi pelancongan. Namun begitu untuk ke sana, anda perlulah mempunyai skill pemanduan yang baik, menaiki bukit curam untuk ke tanah tinggi Mesilau, mungkin anda hanya perlukan gear satu dan dua sebelum tiba di atas.
Segala keperitan itu akan hilang apabila pemandangan yang indah dan tenang terhidang di hadapan mata, tempat yang sentiasa sejuk berkabus serta mempunyai udara yang nyaman ini terletak berhampiran puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.
Menurut penduduk Kampung Mesilau, Nor Annisa Essin, 24, selepas berlakunya gempa pada 2015, mereka menyangka akan berlaku pengurangan jumlah pengunjung ke situ.
“Mesilau ini sememangnya tumpuan pelancong kerana di sini juga letaknya ‘starting point’ atau pintu gerbang jalan kedua untuk mendaki Gunung Kinabalu iaitu di Mesilou Nature Resort yang terletak berhampiran.
“Pada mulanya, kami menyangkakan selepas berlakunya gempa bumi, bilangan pengunjung akan berkurangan kerana mereka pasti risaukan keselamatan di sini.
“Tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan apabila semakin ramai pengunjung yang datang, kerana itu juga sebabnya makin banyak inap desa dibina bagi menampung permintaan yang tinggi,” katanya.
Tambahnya, hingga kini lebih 40 desa termasuk Sulap Inap Desa tempatnya bekerja dibina di dalam Kampung Mesilau yang rata-rata disewa oleh penduduk tempatan, pelancong dari Semenanjung malahan dari luar negara seperti Taiwan dan Arab.
“Kampung Mesilau ini selain terkenal dengan destinasi pelancongan, ia juga terpilih sebagai tempat membuat program dan kajian oleh pelajar universiti awam.
“Penduduk di sini juga bergiat aktif melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti marathon, Hari Warga Emas, sukan dan pelbagai aktiviti lagi yang setiap kalinya pasti mendapat sokongan ramai.
“Sebagai penambahbaikan aktiviti, maka kami mengharapkan pembinaan dewan bagi menampung penyertaan yang ramai dalam keadaan tempat yang lebih selesa berbanding balairaya sekarang.
“Dari segi keselamatan pula, kami mengharapkan jika dapat disediakan lampu solar di kawasan ini memandangkan pelancong yang datang berasa risau bersiar-siar pada waktu malam kerana keadaan yang gelap dan berkabus.
“Walaupun kami dijaga 24 jam oleh pasukan Rela dan polis, tetapi suasana gelap begini mampu mengundang pelbagai masalah, jadi dengan adanya lampu solar, semua akan merasa selamat untuk ke masjid beribadat mahupun beriadah,” jelasnya.
Kata Nor Annisa, selepas kejadian gempa juga, dalam tempoh tiga bulan sekali pemeriksa kesihatan sangat aktif datang memantau kesihatan penduduk bagi mengendalikan sesetengah mereka yang masih trauma.
Selain pertumbuhan pesat inap desa di Mesilau, wujud juga Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurut Pengurusnya Maslinda Saminin, pusat internet itu telah beroperasi selama enam tahun dan dikunjungi oleh ramai sama ada untuk belajar menggunakan komputer ataupun sekadar menggunakan wifi.
“Dengan populasi kira-kira 500 orang, talian wifi dan internet yang disediakan mencukupi untuk kegunaan penduduk.
“Komputer yang disediakan pula ada 20 unit yang mana telah diasingkan 10 unit untuk latihan keusahawanan, manakala 10 lagi untuk pengunjung. Profile Kg.Mesilou
Jarak dari Bandaraya Kota Kinabalu | 100 km |
Parlimen | P179 |
Adun | N29 Kundasang |
Daerah | Ranau |
Negeri | Sabah |
Populasi | 500 hingga 550 Orang |
Aktiviti Ekonomi Utama | Pelancongan, Pusat Peranginan, Pertanian sayuran Tanah Tinggi, Perniagaan Gerai sayuran dan Bunga |
Maklumat Pengurusan Kg. Mesilou | Pengurusi JKKK Nama: En. Japudin Bin Gandipal Email: – No Telefon: 010 984 3704 Ketua Kampung Nama: En. Tony M. Gabintal Email:- No Telefon: 011 3382 9740 |
Kampung Sekitar Kg. Mesilou | 1. Sinar 2. Kg.Soborong 3. Kg.Cinta Mata 4. Kg.Muhibbah 5. Kg.Lembah Permai 6. Kg. Sinisian 7. Kg.Dumpiring II 8. Kg.Desa Aman |
Pusat Peranginan/ Homestay sekitar Kg. Mesilou | 1.Kupi-Kupi And Stay 2. Atamis Homestay 3. The Purple Cottage 4. Qistina homestay 5. Inap Desa D’Gapa 6. Irani Kasih Homestay 7. Aramai Homestay 8. Kalangadan Villa 9. Hazelyn’s Cottage 10. Salman’s Homestay 11. Inap Desa Qistina 12. Hajikoi Homestay 13. Haznie Homestay 14. S-Homestay 15. MidVillage Homestay 16. Garado Homestay 17. Maretta Homestay 18. TJ Homestay 19. Big Rock Homestay 20. D`s Homestay 21. D’Bayu Garden 22. 💐Lavender Home Cabin 23. Mun Sharief Homestay 24. Cinta Villa Homestay Mesilau 25. D’sayang Homestay Mesilau |
Kupi-Kupi & Stay
Kg Mesilou, Kundasang 89300, Ranau, Sabah, MALAYSIA.
Tel. (+60) 16 714 5061
reservation@kupinstay.com